ASSEY'S WORLD;
INTRO ENTRY TWITTER FACEBOOK INSTA
Allah is sufficient for us
7/19/2014 • 22:50 • 0 comments
Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Sekali lagi dapat men'carut' di laman sosial sendiri. Dengan mood yang ada, kerajinan jari-jemari untuk menaip apa yang patut, bertemankan alunan lagu-lagu nasyid yang mengusik jiwa dikala rindu-rinduan, menghirup air minuman yang sejuk yang sememangnya ketika ini cuaca agak sejuk di kampung halaman dan sewaktu dengannya. Nak kata best tu tak la juga, tapi syukur Alhamdulillah selamat, santai, di sini sekarang berbanding dengan negara Palestin ketika ini. SubhanAllah, Maha Suci Allah, Astagfirullah. Jika ia jadi, maka jadilah "Kun fayakun".

Tapi malam ni bukan lah cerita secara detail tentang kes-kes yang sedang melanda negara Malaysia ketika ini. #PrayforPalestin #PrayforMH17 #PrayforSabah. Akan tetapi, baru-baru ni tanggal 17 Julai 2014, flight MH17 from Amsterdam to Kuala Lumpur ditembak according to the berita. There are a lot of speculation from other peoples in this world, so just follow the news from radio or television to know the latest information. Tak berani nak kata apa-apa. Kalau tau info pun just ambil tau tapi tak 100%. Dan yang terbaru juga tentang Perintah Berkurung di 6 tempat sekitar negeri Sabah. Beware sebab Sultan tu kembali nak ambil Sabah ni. Walluhualam. Tak berani nak bagi spekulasi sendiri. Hanya Allah yang tahu. Dan Sungguh Allah itu Maha Tahu segala-galanya. Kita sebagai hambanya yang amat hina di sisiNya perlulah sentiasa berdoa untuk meminta perlindungan dariNya. Serta doakan saudara-saudara kita di Palestin. Semoga jihad fi sabilillah. Sesungguhnya doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin. InsyaAllah.


"Wahai Rasul, Kaulah segalanya contoh TERBAIK umat akhir zaman. Akhlakmu tinggi kan kami jejaki. Sifatmu sempurna, pelengkap peribadi." - Nazrey

*credit

Tinggal beberapa hari lagi sebelum perginya bulan mulia ini. Bulan yang mana mempunyai banyak rahmat. Bulan keampunan. SubhanAllah. Amat terasa kehilangannya.

10 malam terakhir ramadhan. Seperti yang kita tahu, adanya malam seribu malam iaitu Lailatul Qadar. Malam yang banyak keampunan dan sebagainya. Hanya orang yang terpilih sahaja akan mendapat "malam" ini. Tidak semestinya orang yang ilmu agamanya tinggi akan mendapat malam ini. Dan tidak mustahil orang yang kurang ilmu agamanya ada mendapat malam ini. Semuanya ketentuan dari Allah. Dia yang berhak memberi kepada insan-insan yang terpilih akan malam qadar tersebut. Wallahualam. Tapi tidak salah kita berusaha untuk mendapat malam ini. Sentiasa berdoa dan berdoa agar diperkenankan oleh Allah. InsyaAllah. Man jadda wajada kan? Siapa yang berusaha, pasti akan mendapat hasilnya. InysaAllah :)

Doa malam Qadar:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, yang suka memberi pengampunan, maka ampunilah kami."

"Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman.

"Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.

"Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran sebagai bacaan.

"Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.

InsyaAllah, semoga akan datang bertemu lagi dengan topik yang macam-macam. Yang baik tu datangnya dari Allah s.w.t, dan yang kurang baik tu datangnya dari kelemahan diri ini sendiri. Lillahi ta'ala


Ramadhan 1435H
7/15/2014 • 22:38 • 0 comments
Assalammualaikum w.b.t

Ku harapkan terus bersamamu selamanya. Ramadhan ramadhan ramadhan di hati. Ramadhan ramadhan ramadhan usah pergi

- Maher Zain

Halu uoolllss ^^ Alhamdulillah, bertemu lagi pada hari ni yeee di bulan yang mulia lagi mulia dalam kalangan umat nabi Muhammad s.a.w ini :)

Tahun ni bulan ramadhan jatuh pada 29 Jun 2014 Masihi, lepas my birthday *dengan bangganya nak bagitahu jgk :p* hehehe. Dan mudahan tahun depan dapat la lagi kita bertemu bulan ramadhan pada 1436H pula, insyaAllah. Seperti lagu Maher Zain versi melayu yang bertajuk "Ramadhan jangan pergi" best lagu ni :) dengar la *nak promote sikit* hehe.

Coretan untuk hari ni pula tak sangat berkaitan dengan entri tu. Macam biasa, coretan secara random sebab tinggalkan blog ni lama sangat sampai idea untuk mencoret pun melimpah ruah gitu, hehe :D

*credit

Orang-orang cakap kalau kita rindukan seseorang itu tangan kanan letakkan di dada dan baca al-Fatihah serta selawat nabi. Supaya orang yang kita rindu tu pun akan merasainya juga yang kita rindu akan dia. Wallahualam :)

Ok, macam nak cerita pasal rindu rinduan la ni kan.. Hehehe.. Sebenarnya banyak perkara yang kita akan ingat dan automatik akan rindu rinduan gitu. Selalunya golongan hawa yang selalu ada perasaan macam ni. Selalunya lah. Kalau kaum adam pula saaaangat jarang. Hehe *ketawa like evil*

. Tapi tak sangat pun cerita pasal rindu-rindu ni. Just memfeelingkan diri jap untuk ingat-ingat masa lampau. Apa yang telah dibuat sebelum sekarang ni. Baik banyak atau buruk banyak? Wallahualam. Hanya Allah yang mengetahuinya.

Sekarang ni banyak berita-berita tentang pembunuhan, atau lebih dikenali sebagai perlakuan ganas. Israel kini sedang giat mengebom, membunuh orang-orang di Palestin. MasyaAllah. Dunia kian menjadi-jadi. Hari ini dalam berita, dalam 186 orang-orang Palestin telah mati. Alhamdulillah, mereka mati syahid. Semoga Allah perkenankan. Amin. Then, di pula Mabul Sabah ada kes bunuh juga. Sebab? Kurang jelas. Before this, tahun lepas ada kes juga di Lahad Datu. Ya Allah, ini semua ujian dari Allah yang kita mesti ambil ikhtibar supaya sentiasa bersedia. Mati? Sudah pasti tapi dalam keadaan apa atau bila, Allah yang tahu. Dia yang Maha Tahu segala-galanya. Subhanallah.

Perjalanan harus diteruskan. Kalau boleh mati syahid bersama orang-orang Palestin. InsyaAllah syurga tempatnya. Tidak dinafikan, ini impian setiap muslim.

Diantara Hadis yang menjelaskan jenis kematian syahid yang lain yaitu: hadits yang diriwayatkan Abu Dawud dan Annasaa’i, bahawa Nabi SAW bersabda,
Maksud Hadist: “Barangsiapa yang terbunuh karena membela hartanya, maka ia syahid. Barangsiapa terbunuh karena membela keluarganya, maka ia syahid. Barangsiapa terbunuh karena membela agamanya, maka ia syahid. Dan barangsiapa yang terbunuh karena membela darahnya, maka ia syahid”.

Subhanallah. Begitu la janji Allah.

Setakat itu coretan pada kali ini. Sebelum itu kita sama-sama doakan rakyat Palestin jihad fisabilillah yang berusaha melindungi masjid al-aqsa. Semoga Allah perkenankan :') insyaAllah.

"Dalam diri selembut sutra, engkau miliki iman yang teguh. Engkau nyalakan obor agama dirimu bak lantera.. Walaupun jasad milik tuan, tetapi hati milik Tuhan"

Sekadar gambar hiasan


Ukhwah kerana Allah
2/28/2014 • 12:14 • 0 comments
Assalammualaikum w.b.t

Every time I close my eyes I see you in front of me, I still can hear your voice calling out my name, And I remember all the stories you told me I miss the time you were around, But I’m so grateful for every moment I spent with you, ‘Cause I know life won’t last forever, -So Soon by Maher Zain-

Sekali sekala tukar mood mulakan membebel guna lagu. Lagu from Maher Zain semua best-best. Like it gitu. Hehe.

Ok, coretan untuk kali ini mungkin tidak berapa best (padahal sebelum ni pun x best jugak! Please lah) Sambil menghirup air Teh malam-malam ni, sambil borak-borak dengan kawan-kawan yang macam-macam perangai yang tidak boleh di duga (mention to Nadrah S and Ainul Patehah) dan sambil merajinkan tangan ini untuk menaip entah apa yang mau di taip, hahaha.

Ukhwah yang terjalin antara manusia dengan manusia di sebabkan pertemuan kita yang telah Allah tentukan. Tidak kiralah kita bertemu dengan kaum sejenis atau kaum bukan sejenis (perempuan dan lelaki) semuanya kerana Allah. Malah islam sendiri menggalakkan kita mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama insan :) betapa indahnya islam itu jika kita hayati :).

Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Ya Rasulullah, amalan apa yang paling dicintai Allah?” Beliau menjawab, “Beriman kepada Allah.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa lagi?” Beliau menjawab, “Kemudian menyambung silaturahmi.” (Shahih at-Targib wa at-Tarhib no. 2522)

Credit to Ukhwah :)

Mention to orang yang pakai tudung color biru. Terlebih happy lettew, hahaha :P

Happy dapat kenal dorang-dorang semua. Rasanya pasal dorang ni dah banyak kali dimentionkan. RASANYA LAH. Ignore kan jak lah, yang penting HAPPY gitu ^_^

"Now we share the same bright sun, the same round moon, why don't we share the same love?" (Maher Zain)

Another story that I want to share, pasal story ustazah masa sekolah menengah dulu. Cerita ni pun pames la jugak. Iaitu kisah tentang 1 gereja masuk Islam, ini kisah nyata. Ianya berlaku beberapa tahun lepas, tahun 2006. Kisahnya bermula, ada seorang pemuda Arab yang baru sahaja selesai study di Amerika (nama x ingat). Pemuda ini juga seorang juru dakwah Islam. Semasa beliau berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang nasrani, hubungan mereka sangat akrab dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari, mereka berdua berjalan di sebuah perkampungan di Amerika dan lalu sebuah gereja yang berdekatan yang ada di kampung itu. Kawannya itu masuk ke dalam gereja tersebut dan meminta beliau pula masuk ke dalam bersama-sama. Beliau amat keberatan untuk masuk, akan tetapi atas desakan dan desakan dari kawannya itu, lalu mereka pun masuk. Semasa pendeta masuk, semua orang dalam gereja itu berdiri dan memberi penghormatan. Setelah semuanya kembali duduk, si pendeta agak terbelalak ketika melihat para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. aku harap ia keluar dari sini." Pemuda tersebut diam dan tidak beralih dari tempat duduknya. Pendeta tersebut mengulang kata-kata nya itu berulang-ulang kali namun beliau tetap tidak berganjak dari tempatnya.

Sehinggalah pendeta itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Setelah itu pemuda itu pun bangun dari tempat duduknya dan menuju ke luar. Setibanya dia di depan pintu gereja itu, dia pun bertanya kepada pendeta itu, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim?" Lalu pendeta menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian pemuda itu pun keluar. Tiba-tiba pendeta itu bersuara dan mengajukan beberapa soalan kepada pemuda itu. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan markasnya. Pemuda itu pun menerima soalan pendeta itu.Pendeta pun berkata,"Aku akan mengajukan 22 soalan kepada anda dan harus menjawabnya dengan tepat." Pemuda itu tersenyum dan berkata,"Silakan."

Pendeta itu pun mulalah bertanya dengan 22 soalannya itu.

1. "Sebutkan satu yang tiada duanya."

2. "Dua yang tiada tiganya."

3. "Tiga yang tiada empatnya."

4. "Empat yang tiada limanya."

5. "Lima yang tiada enamnya."

6. "Enam yang tiada tujuhnya."

7. "Tujuh yang tiada lapannya."

8. "Lapan yang tiada sembilannya."

9. "Sembilan yang tiada sepuluhnya."

10. "Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh."

11. "Sebelas yang tiada duabelasnya."

12. "Duabelas yang tiada tigabelasnya."

13. "Tigabelas yang tiada empatbelasnya."

14. "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!"

15. "Apa yang dimaksudkakn dengan kuburan berjalan membawa isinya?"

16. "Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?"

17. "Sebutkan sesuatu yang dicipta oleh Allah namun Dia tidak menyukainya."

18. "Sebutkan sesuatu yang dicipta oleh Allah tanpa ayah dan ibu."

19. "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang di azab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?"

20. "Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang di azab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

21. "Sebutkan sesuatu yang dicipta oleh Allah dan dianggap besar."

22. "Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan 2 di bawah sinaran matahari?"

Setelah mendengar semua pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan senyuman keyakinan kepada Allah. Dengan lafaz "Bismillah" dia pun menjawab semua pertanyaan tersebut.

1. "Satu yang tiada duanya adalah Allah SWT."

2. "Dua yang tiada tiganya adalah malam dan siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda(kebesaran kami) (Al-Isra':12)"

3. "Tiga yang tiada empatnya adalah kekhilafan yang dilakukan oleh Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh."

4. "Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran."

5. "Lima yang tiada enamnya adalah solat lima waktu."

6. "Enam yang tiada tujuhnya adalah jumlah hari ketika Allah SWT mencipta makhluk."

7. "Tujuh yang tiada lapannya adalah langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman,"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.(Al-Mulk:3)"

8. "Lapan yang tiada sembilannya adalah malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman,"Dan malaikat-malaikat berada dipejuru-pejuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas(kepala) mereka.(Al-Haqah:17)"

9. "Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kemarau panjang, katak, darah, kutu dan belalang."

10. "Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh adalah kebaikan. Allah SWT berfirman,"Barangsiapa yang berbuat kebaikan, maka untuknya sepuluhkali lipat.(Al-An'am:160)"

11. "Sebelas yang tiada duabelasnya adalah jumlah saudara-saudara Nabi Yusuf."

12. "Duabelas yang tiada tigabelasnya adalah mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dlm firman Allah SWT,"Dan(ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman,'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah dari padanya duabelas mata air.(al-Baqarah:60)"

13. "Tigabelas yang tiada empatbelasnya adalah jumlah saudara Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya."

14. "Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu subuh. Allah SWT berfirman,"Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyinsing.(At-Takwir:18)"

15. "Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS."

16. "Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,"Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka,"tidak ada cercaan terhadap kalian." Dan ayah mereka Ya'qub berkata,"Aku akan memohon ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

17. "Sesuatu yang dicipta oleh Allah namun Dia tidak suka adalah suara keldai. Allah SWT berfirman,"Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai.(Luqman:19)"

18. "Makhluk yang dicipta Allah tanpa ibu dan ayah adalah Nabi Adam, Malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim."

19. "Makhluk yang dicipta dari api adalah Iblis, yang diazab dgn api adalah Abu Jahal dan yg terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman,"Wahai api, dinginlah dan selamatkan Ibrahim.(Al-Anbiya':69)"

20. "Makhluk yg terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih, yg diazab dgn batu adalah tentera bergajah dan yg terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi(penghuni gua)."

21. "Sesuatu yg dicipta Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT,"Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.(Yusuf:28)"

22. "Adapun pohon yg memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari. Maknanya, Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah solat yg lima waktu, tiga dikerjakan di malam hari dan dua di siang hari."

Pendeta dan semua yang ada dalam gereja itu berasa takjub setelah mendengar segala jawapan dari pemuda itu. Pemuda tersebut berganjak pergi dari tempat itu, namun ia berniat untuk bertanyakan satu soalan kepada pendeta tersebut. Dan permintaan itu disetujui oleh pendeta.

Pemuda bertanya,"Apakah kunci utama syurga?"

Pendeta itu terkelu setelah mendengar pertanyaan dari pemuda tersebut. Wajah pendeta itu sekelip mata berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya tapi gagal. Disebabkan orang-orang dalam gereja tersebut mendesak pendeta itu untuk menjawab soalan pemuda tersebut.

Mereka berkata,"Anda telah melontarkan 22 soalan kepada pemuda itu dan semuanya telah dijawab. Akan tetapi soalan dari pemuda hanya 1 soalan namun anda tidak mampu menjawabnya."

Pendeta pun berkata,"Sungguh, aku tahu apa jawapannya itu, tapi aku takut kalian marah." Mereka menjawab,"Kami akan jamin keselamatan anda."

Pendeta pun menjawablah soalan pemuda tersebut, iaitu DUA KALIMAH SYAHADAH. "Tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah."

Setelah itu, pendeta dan semua orang dalam gereja itu memeluk Islam.

Subhanallah, begitu besar nikmat yang Allah beri kepada hambanya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu lah juga dari kisah ini. Kita yang sememangnya Islam perlu tahu betapa indahnya agama Allah ini. Jangan memperlekahkan ia.

Jika ada salah dan juga silap, harap dimaafkan. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri ini.

Ok, setakat itu sajalah untuk entry yang sangat panjang ini. InsyaAllah ada masa kita kongsi idea lagi :')

Wallahualam


Kehidupan
2/06/2014 • 16:30 • 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Salam semuanya. Alhamdulillah, dapat lagi tersenyum pada hari ini dengan insan-insan yang tersayang. Syukur ya Allah :). Sekian lama mendiamkan diri dari belog ini walaupun tiap masa "menjenguknya" agak kekok ayatnya di situ, hahaha.

Cerita selanjutnya, vokalis kumpulan Edcoustic dari indonesia yang bernama Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi telah kerahmatullah pada 30 Disember 2013. Cerita selanjutnya ada di bawah...

"VOKALIS kumpulan nasyid Edcoustic dari Indonesia, Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi meninggal dunia, semalam. Menurut portal Munsyeed, penyanyi berusia 34 tahun itu menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas waktu Isyak di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia. Sebelum ini, beberapa laporan menyiarkan mengenai kesihatan Aden yang tidak menentu sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Jenazah allahyarham bakal dikebumikan di Bandung, Indonesia. Edcoustic menerbitkan album sulung mereka berjudul Masa Muda pada Oktober 2004. Walaupun ruang promosi pada ketika itu agak terhad bagi artis-artis baru, namun Edcoustic menunjukkan pencapaian yang luarbiasa dengan jualan album yang cukup memberangsangkan. Edcoustic mencapai kemuncak populariti apabila single lagu Muhasabah Cinta dari album kedua mereka, Sepotong Episode menjadi lagu hits di Indonesia dan beberapa buah negara di Asia Tenggara. Lagu popular, Muhasabah Cinta merupakan hasil kolaborasi Edcoustic bersama artis baru, Bima. Bakat mencipta lagu yang dimiliki oleh Aden pernah menarik perhatian komposer popular Indonesia, Melly Goeslow untuk menjalin kerjasama dalam penerbitan Lagu Tema filem, Ketika Cinta Bertasbih. Malah Aden turut berkolaborasi dengan Inteam. Menerusi album terbaru Inteam yang berjudul Iman & Aman, Aden telah menyumbangkan dua buah lagu kepada Inteam berjudul Jatuh Bangun dan Kau Ditakdirkan Untukku."

Lagu Muhasabah Cinta dari kumpulan ini membawa populariti kepada mereka. Lagu ni juga memberi maksud yang amat dalam jika kita hayati ia. Mari kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah (Al-fatihah).

Seterusnya, kisah seorang remaja yang banyak berjasa kepada masyarakat. Bukan itu sahaha, malah aktif dalam berdakwah serta dalam ilmu agamanya. Beliua merupakan Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Rakyat dari Malaysia belajar di Turki. Subahanallah. Beliau adalah mujahid fi sabilillah. Sangat beruntung insan yang tergolong dalam memperjuangkan agama Allah ini. Baca cerita tentang beliau selanjutnya di sini "Kisah Ahmad Ammar"

Dengan pelbagai cerita yang telah di ketahui, ternyata diri ini amatlah jauh dari-Nya. Sangat hina di mata Allah.

InsyaAllah, dengan izin dari-Nya akan di sambung lagi coretan ini dengan pelbagai berita yang akan di share-share kelak :)

Assalammualaikum ^-^


One Day
11/13/2013 • 13:14 • 0 comments

Assalammualaikum :)

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"And among His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquility in them; and He placed between you affection and mercy." (Surat ar-Rum 30:21)

Jodoh itu rahsia Allah :). Sekuat mana cinta kita pada orang itu, selama mana setia kita kepadanya, sedalam mana sayang kita pada orang itu, kalau Allah telah tuliskan orang tu bukan jodoh kita, kita tidak akan dapat milikinya. Kita di pertemukan adalah untuk menambahkan lagi silaturrahim sesama kita, sesama muslim :) don't be sad "La' Tahzan", just think positive as we can. Ya, tau. Itu membuatkan kita sedih, sedih dan sedih lagi. Tapi itu semua ketentuan dariNya. Allah know what is the best for us. Terima seadanya dengan redha, dengan hati yang terbuka. Mungkin suatu hari nanti kita akan dapat keajaiban dariNya. Siapa tau kan? Keredhaan dariNya akan membuatkan kita lagi bahagia jika kita sentiasa ingat dan dekat kepadaNya :) InsyaAllah.

Ayat yang amat power di situ :p . Maklum lah orang dah meningkat dewasa, macam-macam yang akan di fikirkan. Effect dengan kawan juga yang telah selamat di hijab kabulkan pada 03 November 2013, baru-baru ni. So, rasa excited untuk khawin tu amat lah kuat! Yay! Belum complete semua dah fikir macam tu. Kerja belum ada, duit untuk menampung itu dan ini semua belum ada, ada angan mau itu. Baik xyah! Hahaha. Paling penting sekarang ni, utamakan keluarga dulu. Tolong apa yang patut. Mesti semua orang pun macam tu, apa lah Ac ni -___- . Hahahahaha :p

Then dengar cerita lagi, sorang kawan ni tahun depan mau khawin -.- xpala, khawin jak dulu. Saya akan datang. Akan datang tu tidak tau bila. Tunggu jak la "Prince" saya tu datang, wahahaha >_< yang tidak tau siapa. Ignorekan ayat situ.

*credit

"Cerita hari ini amatlah menyentuh perasaan. Sesiapa yang baca, janganlah ambil kisah sangat. Hanya meluahkan apa yang patut di luahkan lah kononnya :)"

Sentiasa lah berdoa kepada Allah. KepadaNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali.

By the way, minggu ni hari convocation bagi semua student UiTM. Happy convocation to all of you. Best nagga sidak ya konvo. InsyaAllah tahun depan saya akan mengkonvokan diri. Konvo dkpn jak tok. Keluar bahasa Sarawak :p

Sekian untuk ini :)


Life
11/08/2013 • 12:14 • 0 comments
“Hanya zikrullah yang dapat menjadi ubat penenang hati yang terbaik!” ― A.E.

Assalammualaikum w.b.t ^__^

Marilah kita mulakan hari kita dengan ucapan Bismillahirohmanirohim dan senyuman, InsyaAllah hari kita akan lebih indah lagi daripada hari sebelumnya.

Tiba-tiba ada mood untuk membebel di sini tau. Sedang study-study untuk exam nanti, teringat pula mau menyemak di sini :P haha. Btw, selepas keluar result exam kami hari tu, rezki tidak menyebelahi pula. Ada satu subjek tu tidak lepas. Memang dah agak akan jadi macam tu. Bukan ada niat macam tu pun, cuma masa paper tu mood langsung tiada. Macam-macam ada. Effect mood la tu dengan paper sebelumnya, sebab lebihkan kepada paper tu berbanding yang ini (macam xfeel -.-). It's ok Gessi, InsyaAllah you try your best for this coming exam T.T ..

"Buang yang keruh, ambil yang jernih". Jadikan ia sebagai pengajaran :')

“A friend is someone who knows all about you and still loves you.” ― Elbert Hubbard

*credit

I love Allah, I love my family, I also love my friends :) . Saya ada seorang kawan, kami satu kampung. Start kenal masa di tadika. Dia tu suka membebel masa mula-mula jumpa dia. Saya tidak selesa dengan dia masa mula-mula kenal tu, tapi saya cuba juga sebab dia selalu dengan saya, hehe. Her name is Rosnikafifie bt Yuti. Then kami satu sekolah rendah juga. Tapi tambah lagi sorang kawan, also satu kampung tapi rumah dia jauh sikit. Kami se"geng" sebab kami tiga jak pompuan muslim. Dia banyak tolong kami dari segi kewangan. Nama dia Marziati Mohd Ghani. Suka sangat tolong sampai ada satu kali tu dia kena buli dengan budak lelaki sekelas kami. Budak tu selalu suruh kawan saya tu belanja dia, memang kesian la. Tapi kawan saya dari tadika ni defend dia. Antara kami tiga, c Fifie ni garang sikit dari kami. Then lepas habis tahun 6 tu, ustazah kami tolong masukkan kami di SEMEKAR pula. Kami tiga-tiga kena suruh pegi sekolah tu. Alhamdulillah dapat la juga lepas panggilan ke-dua. Tapi malangnya kawan kami yang c Mar ni tidak sekali dengan kami. Walaupun kami sekampung, jarang tejumpa. Xtau lah apa sebab. Membusykan diri-sendiri kan. Haha. Tapi saya dengan c Fifie tu still sama juga. Tinggal di asrama sekolah SEMEKAR tu. Start tu kami dua jarang besama-sama. Lain bilik, kelas belain, hampir semua lain lah. Tapi still balik sama-sama. And sekolah ni saya banyak diam. Memang pendiam talampau tau, hahaha. Too different. Sebab xsuka sangat begaul dengan orang, hmm pengajaran tu Gessi!!!

Sini saya ada dua best-friends! First Nor Basyirah bt Sapirin, dari Keningau. Start rapat hujung tahun form 2. Then form 4, dia dari Kundasang pindah sekolah sana. Dia, Siti Jainurah bt Yahisin. Dorang dua kelas yang sama, kelas sains tulin, saya pula kelas sebelah, kelas perakaunan. Ada sorang kawan ni, dia ni saudara bau2 bacang lagi, jauh sudah talampau. Dia Siti Norbayah bt Hamiri. Sy selesa dengan dia, start kenal masa form 1. Kenal dia jak, terus rasa macam mau kawan jak sama dia. Dia pun banyak tolong saya. Tidak banyak sangat cerita best-best masa sekolah di sini. Hmmmmm dorang jak yang tau ni :(..

Then lepas SPM, semua jalan. Masing-masing dengan apa yang dorang mau, kawan yang sekampung tu pun sudah mendirikan rumah tangga. Lagi dua orang tu, pegi sambung study di semenanjung. C Ebah pula sambung STPM. Saya menyambungkan diri pula pegi UiTM sorang-sorang. Pree-Comm di sini, then OM di Samarahan. Ok, cerita di Sarawak pula, sini la tempat paling banyak benda yang saya belajar. Also kawan-kawan yang sangat memahami :) .. Really appreciate them, dorang paham kenapa saya sedih, marah, diam dan sebagainya. Lagi suka berbanding masa sekolah dulu. Maaf lah, tapi memang itu lah hakikatnya. Alhamdulillah, kalau niat kita baik, In shaa Allah semua pun baik dengan izin dari-Nya. Biar pun kita di tempat orang. Alhamdulillah, dapat kenal dorang yang baik pekertinya. Walaupun kadang-kadang datang perangai "gila" tu. Hahahahaha. Terima kasih Allah sebab pertemukan kami semua :')..

Macam luahan hati pula. Sila ignorekan apa-apa yang membosankan anda, harap maaf -___-

"Jadikan semuanya pengalaman yang amat indah biar pun adakalanya pahit di rasa sehingga mengalir air mata. Allah know what is the best things for us in life."


Penentuan
10/31/2013 • 17:39 • 0 comments
Bismillahirohmanirohim..

Assalammualaikum w.b.t. semuanya :)

"Yesterday is a history, Tomorrow is a mystery, and Today is a gift" - by Bil Keane.

Tomorrow is a day where all UiTM students' will get the result for our examination. Poyonya ayat, hahaha. Sempat melalak sebelum tibanya waktu esok. Ada beberapa jam lagi tibanya 1 November 2013. Final Examination Result for Semester 1 2013/2014 will be sent through email to all students (applicable for Diploma, Pre Diploma and Matriculation only) on 1st November 2013. The Final Examination Result can also be accessed through Student Portal beginning 9.00 am, 1st November 2013 *announcement dari laman web UiTM student portal. Agak gementar di situ k?

Dan esok juga penentuan untuk student final semester bagi Jun-Oct 2013 untuk dapat keputusan, di mana pengajian diploma officially habis atau sebaliknya. Moga dijauhkan dari itu :(. Di dalam surah al-A'raaf ayat 89 yang bermaksud,“Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.” (Doa mohon di beri keputusan yang baik) InsyaAllah dengan usaha yang kita telah lakukan sepangjang semester itu dapat membuahkan hasil yang baik untuk kita semua :) Allah sentiasa membantu kita walau apapun keadaan dan apapun ujian yang kita tempuhi dalam hidup. Ini pun salah satu ujian dari Allah :).. Moga segalanya dipermudahkan oleh-Nya.

*credit

everyone want to be like this :) it will. InsyaAllah ^__^


Pre-Graduation Dinner. Jun/November 2013
9/07/2013 • 19:40 • 0 comments
Assalammualaikum w.b.t. again :)

Here we are, dinner all seniors in UiTM Samarahan. Bertempat di Riverside Majestic Kuching, Sarawak. Will missed this moment guys :')

Kenal masa semester 2. Alhamdulillah, ukhwah itu masih kukuh lagi bersama dengan mereka-mereka :) InsyaAllah, ila abadan abada la katakan ^^

"Tomorrow is history, today is present". Bak kata Dato' Rektor UiTM Sarawak. Also grad in STYLE! haha, InsyaAllah. Akan di laksanakan Dato' :)

Bersama dengan Sir Awang. Lecturer DPA. Tumpang sekali bersnap-snap dengan sir ni. Sir ni sangat la caring dengan semua student, also pegawai kolej yang sporting. Nice to know you sir :)


SALAM KEMERDEKAAN !!!
9/01/2013 • 01:16 • 0 comments

*credit*

"Tanggal 31, bulan 8, 57.. Hari yang mulia, hari yang bahagia....."

Assalammualaikum :)

Sebulan tidak mengintai-intai belog beloved ku ini :p. Lama la juga tu. Orang sentiasa busy dengan pelbagai tugasan kan? Busy la sangat, tapi memang busy puuuunnn, busy dengan masaalah sendiri. Hahahaha :D (manada lawak ni? -.- hmmm).

By the way, SELAMAT HARI KEMERDEKAAN!!! Alhamdulillah, dah 56 tahun kita bebas. Bebas dari peperangan, dan semoga berkekalan ukhwah kita ini hingga ke akhirnya. Jangan kita rakyat Malaysia sendiri pula yang mulakan perkara yang akan terjerumus ke arah itu. Nazubillah. Moga di jauhkan. Amin :)

Kami bersama-sama menyambut hari Kemerdekaan di sini. For the first time. Tengok firework depan youth floor. With Hidayah, Bella, Sir Awang, Nadrah, Kyra. Will miss all of you after this :') InsyaAllah ila abadan abadan for our Ukhwah. Thanks for being good friend for me from beginning until bila-bila la, hehehe. (ayat poyo di situ :p hahaha)

Dan InsyaAllah, lepas habis semester ini, maka saya pun bebaslah pula. Hahaha :p. Tak sangat lah kan? Ni baru diploma. Lain lagi peringkat seterusnya. Hmmm. Beware Ac! Beware! Kononlah. Hahaha :p.InsyaAllah lah kan. Sentiasa berdoa :).


Another day with them
7/30/2013 • 10:47 • 0 comments
Assalammualaikum :)

Hai u olls again. We meet again setelah beberapa hari meninggalkan blog ini yang penuh dengan cerita yang tidak tentu arah, wahaha :D

"Satu hari di hari raya... bla bla bla... bla.. blaa... "

*credit*

Ok, tiba-tiba teringat lirik "satu hari" tu. Maklumlah, tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan berlalu, syawal akan menjelma. Dan minggu ni adalah 10 hari di mana belakunya malam qadar (LAILATUL QADAR):) jom kita sama mencari malam itu. Dan niatkan dengan ikhlas dan betul dahulu. InsyaAllah akan dipermudahkan :).

Tanggal 16 July 2013(ramadhan ke-7), kitaorang adalah buat trip dengan classmates for bel subject. Kebetulan madam tu teringin bawa orang melawat sana. So, kami la yang pegi. Hehe (xda yang menarik pun -.-) anyway, pergi masa petang punya. Pergi di PIBAKAT Kuching Sarawak. Tak jauh pun dari UiTM ni. Petang tu budak down syndrome yang ada di sana. Tersebak rasa bila sama-sama dorang masa tu. Hanya orang yang ada perasaan belas kasihan akan rasa macam tu. Tapi, rasanya semua orang rasa macam tu juga lah Ac, isyh3x..

Bila tengok dorang macam tu yang mana pelbagai jenis penyakit ada, rasa diri ini tidak bersyukur dengan apa yang ada selama ini. Astagfirullah, kena istigfar banyak-banyak ni. Pengajaran yang di dapat, kita harus bersyukur dengan apa sahaja yang kita ada selama kita hidup ini. Tidak kira lah kurang atau banyak, kecil atau besar, bersyukur tu perlu ada. Perlu diungkapkan dari segi batin dan zahir juga. Maka, dengan ucapan itu, insyaAllah Allah akan permudahkan kita lagi. InsyaAllah dengan izin dari-NYA :)

with our classmates :) *credit*

p/s: will miss all of you after this. Hope one day we can bergosip-gosip together-gether again :p


Ahlan Ya Ramadhan
7/09/2013 • 01:01 • 0 comments
Assalammualaikum w.b.t. again :)

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna "

First of all, jom panjatkan kesyukuran bersama-sama. RAMADHAN datang lagi pada tahun ini! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah :D tanggal 1 Ramadhan tahun 2013 ini, jatuh pada 10 Julai 2013 bersamaan hari rabu. Maksudnya, tinggal sehari lagi untuk persediaan perlu untuk Ramadhan ini. Mulalah "kepenatan" itu muncul -.- haha. Perkara biasala bila datangnya bulan menahan lapar dan dahaga. Lagi-lagi budak bawah umur ni, pengalaman la katakan, haha. Tapi, bukan setakat tahan itu sahaja, malah banyak benda sepatutnya kita perlu TAHAN. Ok, rasanya semua orang pun tau apa yang dimaksudkan itu. Masa sekolah rendah lagi, benda tu kita dah belajar. Tapi biasalah al-insan kan. Mudah lupa. Dan itu adalah perkara yang sangat biasa bagi saya (contoh paling dekat -.-) hahaha.

Dan untuk makluman para pembaca sekalian (emo sikit), dah 3 tahun berpuasa di negeri orang termasuk tahun ini, dan 2 tahun beraya bukan disamping keluarga, insyaAllah tahun ni beraya bersama keluarga tersayang lah :) . Sedih tu memang ada bila first sekali tidak beraya dengan keluarga, tapi apakan daya. Itu lah hakikatnya. Dah lah raya first tu, first time jauh dengan family. Ok, rasanya sesedih-sedih diri ini, ada lagi yang lebih sedih. So, muhasabahkan diri sikit lah. Syukur ada orang yang ambil berat pasal kita juga.

Selain itu, insyaAllah semester ini last lah saya bergelar diploma student. Amin. Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan bersama :) makaseh. hehe (lain pula statement tu -.-) never mind lah pasal tu. Yang penting semester ini berjalan dengan lancarnya. Amin. Tapi, bila diingatkan kembali, sedih. Sebabnya last bersama dengan kawan-kawan sini. Kawan-kawan seperjuangan dalam menempuh suka dan duka selama berada di institusi yang sangat gorgeous ni, kan? Siapa yang cakap tidak tu, siap kena tampar. Ahahaha :D dan yang sangat menyentuh jiwa ni, kawan di sini lagi kenal saya berbanding kawan masa sekolah dulu. Bukan apa, tapi nampak sangat perbezaannya. Itulah namanya happy, kan? hehehe. Apappun, sangat bersyukur jumpa kawan-kawan yang sangat memahami di sini. Budak dari Sarawak dan Semenanjung also. Dan itu menambahkan lagi silaturrahim antara kami semua, hehehe. Semoga berkekalan sehingga akhirnya lah kan. InsyaAllah, time khawin kot baru jumpa, kalau lah. Sambung study nanti pun belum tentu sama, so ada rezki, ada lah tu. Semuanya ketentuan dari-NYA :) dan sabar itu perlu ada pada saat itu, hehe.

Setakat itu dulu omongan ku ini ya? Semoga jumpa kembali, insyaAllah :)


Apabila tibanya tarikh itu
7/01/2013 • 01:00 • 0 comments
Assalammualaikum :)

"Menjelang hari raya, aidilfitri mulia.. lalalalaa.. "

Ok, tiada kaitan pun statement di atas tu. Harap maklum! Hahaha ^^

Straight jak ni. Tarikh keramat "ku" 28 June! Paling beloved tu tarikh. Haha. Bukan ada special sangat pun. Just nak bagitau la kononnya, masa tu genap la umur saya yang semakin hari, semakin tua (terima hakikat). Tapi sebelum itu nak bagitau yang tarikh dalam blog ni lewat sehari. Ok, fine. Xpala tu. Penting atau tidak, ignorekan jak. Hahahaha (ketawa evil)

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE-21 Ac!(ucapan untuk diri sendiri, kesiankan:( ?). Saya ulang, DUA PULUH SATU TAHUN!Hahahahaha :X Dah masuk alam 20 ni. So, mesti matang walaupun nampak macam budak sikit. Eh, kalau xsilap, bukan macam budak sikit, tapi macam budak BANYAK. Al-maklum la katakan, budak comel. Everything pun comel-comel gitu (sila ignorekan ayat tu -.-). Alhamdulillah, saya masih bernafas di bumi ini untuk menambahkan lagi amalan yang semakin lama semakin menghilang ini. InsyaAllah, bersama-sama kita laksanakannya :) amin.


INSYAALLAH, new for me
6/24/2013 • 01:27 • 0 comments
Assalammualaikum w.b.t again :)

Doakan diri ini sentiasa istiqomah untuk mencari Redha-NYA :)

Nama di beri Siti Asyantie anak pakcik Yasilin :), nak intro la dulu katakan. Padahal dah tau pun kan? >.< Saja nak tambah statement-statement untuk post hari ini, hehe ^^. Btw, welcome again di UiTM tersayang ini. InsyaAllah tahun ni grad la. Walaupapun, mesti berusaha sungguh-sungguh la kan? Bukan tau cakap jak. P/s: Tuuutttt.. Kadang-kadang pun saya pun macam tu, nobody perfect la katakan. Hidup manusia, sentiasa ada salah, so kita sendiri lah yang realise tu. Kalau tak pun, tanya kawan. So, dapat lah kita perbaiki diri yang salah itu. InsyaAllah :)

Manusia sentiasa alpa, cuai, dan sewaktu dengannya. Faham-faham kan maksudnya. Termasuk lah diri ini juga. Just like I said, nobody perfect. Semuanya sama, cuma certain benda yang berbeza. Contoh paling dekat, amalan kita. Ok, amalan kan? Amalan kita yang membezakan siapa kita sebenarnya semasa kita berada di bumi yang fana ini. Adakah kita sentiasa update dengan-NYA, atau sebaliknya. Nazubillah, mudahan kita dijauhi daripada benda-benda terkutuk yang sangat dimurkai oleh yang Maha Esa. Amin, insyaAllah. Dalam alam globalisasi kini, tau la kan semuanya nak kejar apa-apa benda yang latest punya. Seperti fesyen pada zaman kini, abad ke-21. Bukan nak kutuk ka apa. Saya sendiri pun telah "terjebak" dengan alam fesyen ini. Haha. Tipu lah kan kalau tak nak mengaku. So impossible! tapi berpada-pada lah dalam pemakaian tu. Jangan nak tonjolkan sangat apa yang patut di tutup tu (sila terasa wahai Ac, insaflah). Alhamdulillah, dalam kehidupan sebagai student "berkaliber" (berkaliber la sangat, haha) saya dihadiri insan-insan yang baik, syukur sangat-sangat. Betullah apa kata orang. Jika niat kita itu betul dan baik, semuanya pun baik dan betul. Disebabkan niat kita itulah Allah membantu kita. DIA yang sentiasa ada bersama kita tidak kira susah ataupun senang, sakit atau sihat, kaya atau miskin dan sebagainya. Ucapkan ALHAMDULILLAH :). Dan semoga insan-insan yang hadir dalam hidup saya sepanjang berada di kampus, akan kekal ikatan silaturrahim kita, amin ^_^

kredit


Pelbagai
6/01/2013 • 13:02 • 0 comments
Assalammualaikum :)

There are a lot of story that everyone told me before. One of that is, my senior in UiTM, OM course, telah kerahmatullah semalam di sebabkan kemalangan. Mari sedekahkan al-Fatihah kepada arwah semoga roh arwah di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin :). Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-NYA, begitu juga dengan kita. Maka, kita yang masih hidup ini mestilah bersedia sebelum tiba masanya itu. Muhasabahkan diri setiap masa. InsyaAllah, mudahan kita pun tergolong dalam golongan yang beriman, amin :)

Btw, just tinggal seminggu lagi untuk saya memulakan study. Need to prepare everything termasuk jiwa dan otak ini. Benda itu lah sangat penting sebenarnya, bukan yang sebaliknya (ok, fahamkan maksud itu) untuk bersedia apa yang akan berlaku in future nanti. Kalau benda tu terganggu, it can effect juga segala-galanya. So, sabar jak la. Dan juga, sem akan datang ni adanya bulan ramadhan, tak sabar rasanya. As usual, sepanjang berpuasa, mesti bukan dengan family, sejak sekolah form 1 lagi. Ada pn seminggu lebih macam tu. Bila di imbaskan kembali, memang sedih la. Tapi, tidak mengapa. Ingatlah bahawa parents kita selalu doakan anak-anaknya. Sentiasa bagi support dan sebagainya. Dan kita yang jauh ni ( tak la jauh sangat, hehe) mesti lah ingat juga dengan family kita, tanpa mereka siapa lah kita (ayat pames tu, haha) kaaannnn?? ^_^

Ok, tahun ni tak sempat tengok pertandingan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan. Sebelum-sebelum ni, sempat juga. Nak tau siapa peserta dari Sabah ni. Tahun lepas, MTQ ke-55 Qari dari Sabah dapat tempat ke-3 dan Qariah ke-2. Tahniah untuk anda berdua. Terus macam mau jumpa dorang minta tunjuk ajar, tapi masa tidak mengizinkan. InsyaAllah, suatu hari nanti :) mudahan dapat la kan? hehe. Dan saya berharap sangat senior/kawan masa sekolah menengah dulu dapat ikut dan terwakil untuk pertandingan ini. Amin. Always berdoa untuk kalian. Kalau tidak terwakil pun, xpa juga la. Suruh dorang ajar budak-budak yang mau belajar, hehe (macam saya la pula yang tentukan -_-) haha.

Lets learn together akan di sambung nanti. Just wait jak korang-korang ek? :) Saya pun bukan la expert sangat dusun ni. Btw, Unduk Ngadau tahun ni, 2013 pemenang jatuh kepada IMMACULATE LOJUKI. Peserta dari Kota Kinabalu. Dan naib johan RITCHELL ANDREAS, dari Ranau. Wah! bila dapat tau ni, terus tidak peduli siapa yang dapat nombor ke-3. Haha, maaflah. I'm so proud tiba-tiba. Gembira tak terkata semalam, kononlah, haha. Maka dia tak kenal pun siapa saya, dia tu sepupu Linda AF, FYI ^^ (bapa yang bagi tau). Tak terlambat untuk saya ucapkan, KOTOBIAN DO TADAU KAAMATAN DIKOYU NGAWI ^^ dan SELAMAT HARI GAWAI, untuk hari ini bagi suku kaum Iban di Sarawak.

Cerita selanjutnya, hari ini 1 Jun 2013, hari sabtu. Masuknya bulan kegembiraanku, kebahagiaanku. Hahaha. Bukan ada apa-apa pun sebenarnya. Bulan di mana, saya di lahirkan :). Akan tiba masa itu nanti, dan genap lah saya berumur 21 tahun, ok akan menjadi golongan tua da -_- huhu.

Setakat itu lah dulu coretanku pada kali ini. Sekian. Assalammualaikum :)


Lets learn together
5/24/2013 • 22:26 • 0 comments
Assalammualaikum :)

Have a nice wonderful tonight. Wonderful la sangat kan. Hahaha. Just nak mention yang sekarang ni ramai jemputan kawen, wehooo.. Macam saya pula yang excited ni, hohoho ^0^ sebabnya sana sini bunyi gong. Ok, itu cerita malam ni. Tujuan sebenar pembelog ini adalah nak ajar la sikit bahasa dusun ni. Bahasa saya sendiri, di Ranau Sabah. Bukan apa, ada kawan ni nak sangat belajar bahasa dusun, so ajar la sikit, hehe. Yang termampu jak la, saya pun bukannya expert sangat. Bahasa ni antara bahasa utama di Sabah selain bahasa kadazandusun ni. Tapi ikut tempat juga lah. Orang Ranau ada slangnya sendiri walaupun bahasa yang sama, begitu juga di daerah-daerah yang lain seperti Sipitang, Kota Belud, dan sebagainya. Ada sedikit perbezaan ayat. Seperti 'AU' untuk slang Ranau, dan 'AMU' untuk daerah lain yang mana, maksudnya 'TIDAK'. Ok, xtahu sebenarnya slang daerah lain ni, hehe. Straight to the point jak, jom kita belajar sama :) :

SAYA = OKU, YOKU

AWAK = IKA, DIKA

PERGI = ONGOI

SANA = HILO

SINI = HITI

TIDUR = MODOP

BANGUN = POSIK

MANDI = PODSU(PAST)/MODSU(PRESENT)

RINDU = LANGADON

SUKA = ARAHI

TIDAK = AU

MARI = ANO

JANGAN = KADA

TUNGGU = KADAPO

KETAWA = MINGIRAK

JAHAT = ARAAT

BAGUS = OSONONG

Ok, setakat itu dulu la pelajaran kita hari ini ya? Senyum ^____^ looo... Comel jak nampak, haha (ikhlas puji tau). Sebelum itu, nak bagi tau la yang bahasa ni, huruf 'E' tidak digunakan. Di tukar ke huruf 'O' atau 'A'. Depend dengan ayat juga. Ok, setakat itu dulu la. Ada komen, sangat dialukan :) Assalammualaikum :)


Ketahuilah
5/22/2013 • 16:18 • 0 comments
Assalammualaikum :)

Mengikut kalendar hijrah, tarikh hari ini adalah 12 REJAB 1434 bersamaan dengan 22 MAY 2013. Maksudnya, ada tinggal 50 hari (setelah dikira-kira & dapat info dari kawan) lagi nak bulan RAMADHAN :) tak sabar rasanya nak posa. Semoga ramadhan tahun ini akan menjadi lebih baik dari sebelum-sebelumnya. Amiiinnn. Bersama-sama kita menjadi yang lebih baik :) insyaAllah. Anyway, bulan Rejab ini banyak kelebihannya bukan setakat bulan ramadhan sahaja yang banyak fadhilat yang kita perolehi sebenarnya, malah setiap bulan hijrah. Masing-masing ada kelebihannya yang kita harus katahui. Alhamdulillah, dengan berbekalkan 'internet' ini, dapatlah saya tahu dengan lebih mudah, pantas dan senang. Tapi lagi elok jika kita memiliki bukunya sendiri,kaaannn?? hehe. Tanpa membuang masa lagi untuk membaca coreta saya ini, jom lihat bersama-sama laman web ini ^^. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik ini --> Kelebihan bulan rejab amalan dan azikir

InsyaAllah, bersama-sama kita memajukan diri kehadapan dengan lebih baik lagi, semoga kita diRedhai olehNYA :)


OM-G DAY & BIRTHDAY
5/12/2013 • 16:32 • 0 comments
Assalammualaikum :)

My first story. Just straight to the point jak. Ini masa kami FINAL EXAM. Semua member, classmate untuk subjek Event nak bagi surprise dengan Madam Emy(lecture for OMT290 subject). Alhamdulillah, walaupun bukan semua orang x dapat pegi, madam enjoy juga dengan kami-kami ini(HAPPY ^^). Dan Alhamdulillah juga, this subject help me to cover my result, I got A!!! Uhhhh.. Syukur Alhamdulillah :) Thank you so much madam ^__^. I think, kami semua pn dapat result yang sama juga tk subjek ini. It's help us for this semester. Anyway, masa ni la kami semua tau perangai masing-masing. Dengan bermacam-macam jenis perangai ada. Nasip la lelaki dalam kelas ini semuanya sporting, enjoyable, dan paling penting BERTANGGUNGJAWAB! Fuuyoohhh~~~ First time tau dorang semua macam tu, tp ok la. Alhamdulillah:) Cuma perempuan jak yang banyak songeh. Hahahahahaa:D . Pompuan memang macam tu pooonnn. Tapi xsemua la, ada certain jak :p(ehem ehem, sila terasa diri) haha. Ok, xnak hirau dah kisah sebelum, semasa dan selepas event tu. Yang penting kami dah berjaya lakukannya dengan jayanya, yeah! Bangga gitu yee, hehehe. Dan masa minggu final exam berlangsung(nasip belum ada paper), enjoy la sikit dengan member OM-G DAY ni. This is for you from us madam Emy :) thanks bagi support dengan kami semua. Really appreciate it.



Give her a surprise



Them



Snap-snap dulu before Maghrib :) SubhanAllah, cantik kn? Time ni terus ingat di Tanjung Aru KK



Peerrrggghhh!!! Lapaaarrrr pula bila tengok ni :(



^_^



Karaoks time \^_^/ weehooo.. Enjoy with them :)

Ok, next soty pula. Ni time kitaorang celebrate birthday our beloved friend, Anne! Surprise la kononnya, tapi memang surprise pun. Alhamdulillah, dapat bagi surprise juga :) sampai pengsan dia, haha. Mana tidaknya, dari Daerah Matang, singgah beli barang jap, terus pegi Damai. Jauh kot. Memang pengsan pun. Ow tedahnya. Tapi xpa, dia happy. Sebab apa yang dia mau terhajat, di Damai. Even bukan di pasir-pasir tu. Damai juga nama dia, haha. Sangat happy dengan mereka-mereka. Dan yang paling happy tu, siapa lagi, InsyaAllah bakal Imam dia(Amiiinnn, doakan mereka dihijabkabulkan^^) Awang Merol, haha. Merol tu bukan nama dia, susah mau sebut tu nama, so panggil Merol jak. Mak Anne pun panggil dia Merol. Haha. With them :

Ainul Fatehah, Awang Merol, Nadrah, Nabila Hanees, Aina Aireena, Nurul Hidayah, Salmah, Ana, Neena, Sabrina :)(kawan sorang lagi xda, Nor Fatehah)



Budak tadika. Pilih la mana satu, wahaha. Kidding! ^^


I'll always miss this moment, enjoy with them all my life in UiTM :). Will miss u ollss, uiii.. macam mau nangis pula ayat tu, haha. Lepas habis diploma ni, mungkin jarang dah jumpa. Time kawen la. InsyaAllah :). Love them so much!



Randomly
5/08/2013 • 17:35 • 0 comments
Assalammualaikum ☺️

Entah apa dah jadi ni. Tukar tukar tukar dan tukar. Tu la namanya tidak tetap pendirian. Hahaha. Ya la kn. Orang yang tidak tetap pendirian ni susah. Apa-apa benda yang dia buat, kejap jak dah bosan (emmm... lebih kurang, hehe). Kejap nak yang itu, yang ini, yang sana, yang situ dan seterusnya. Ok, macam lari tajuk pula. Hahaha. Eh, tidak juga sebenarnya. Sebab entry pun cakap random juga, so random la kn? hehehe (eerrr... apa yg sy melalut ni ??? *bingung kejap). Anyway, esok 9hb bulan lima bagi tahun 2013, bersamaan dengan hari khamis. Mesti semua student UiTM diploma takut & nervous kan. Haha, nak tahu kenapa? Sebabnya result exam kami akan keluar. Grrrr... nervous!!! Apa lagi kalau student final semester sem lepas. Uhhh, lagi takut & nervous kn? Jom kita sama-sama berdoa kepada Allah, semoga apa yang kita usahakan sebelum ini akan membuahkan hasil yang sangat bermakna buat kita, insyaAllah :) . Wish you all luck kawan-kawan seperjuangan & student UiTM. Ok, random kan? So nak random-random ceta pula ni(wahaha, mula la c Ac ni mimbebek-.-) saja mau luangkan masa yang ada ni. Panjang masa ni kalau di rumah(konon la), bukan selalu pun kan? Just to be happy jeww, hahahaha. Ok, cuti ni walaupun 2 bulan, eh macam tidak sampai pun 2 bulan, rasa kejap gila. Pejam celik pejam celik, tinggal sebulan lagi cuti. OH! kejapnyaa :( first time aa rasa macam ni(eemm, betul ka tu Ac?) tidak mengapa lah. Yang penting dapat balik rumah, weeehooo\^_^/ gembira kunun ni. K, setakat itu dulu la ceta-cetaku pada kali ini. Ada apa-apa nak komen, sangat di alu-alu kan. Terima kasih, Assalammualaikum 😉


Announcement yang paling menakutkan, hahaha



FIGHTING!!!
5/03/2013 • 19:31 • 0 comments
Assalammualaikum 😁


Yuhuu... Setelah di tinjau-tinjau dari blog lain ke blog lain, banyak perbezaan dari segi kretiviti, kekemasan, dan sebagainya. Ternyata Puan Punya Belog ini sangatlah tidak kreatif 😓 so sad. Tapi tidak mengapa, itu lah tujuan UTAMA pembelog ini. Masing-masing ada idea sendiri, ilham sendiri dan sewaktu dengannya, hahaha (sila muntah, buueekk!!!) Anyway, hasil daripada kerajinan diri ini, dapatlah menghasilkan sesuatu yang membanggakan (banggalah sangat kan?) Dan juga senior belog saya sendiri Fatin Nurizzati sanggup meluangkan masa untuk tweet-tweet tentang perkara ini (formal pula ayat ni ya 😂) Terima kasih daun keladi, lain kali saya pula yang akan memberi. Ok, setakat itu sahaja karangan pendek saya. Assalammualaikum.. 😉

Credit from google.com


New
• 03:16 • 0 comments
Assalammualaikum again..
This is what we call, Long time ago.. hahaha. Just kidding >___< .. Btw, punya lama ni saya tidak mengUPDATE belog saya yang TERSENTA ini. Maklumlah orang sentiasa sibuk kan. Dengan macam-macam peristiwa yang telah melanda sepanjang semester berlangsung (apa yang saya melalut ni -.-) hahaha. Tapi memang pun. Semenjak last saya post di blog ini, mula lah keBUSYan melanda sebagai student untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Dah lupa pun apa yang di sibukkan sangat tu. Anyway, start 15 April 2013 kami memulakan holiday di rumah masing-masing untuk student diploma UiTM. HAPPY HOLIDAY!!! Weehoo \(^_^)/ gembira tak terkata. Konon lah. haha.. Dan paling menyeronokkan adalah jam telah menunjukkan pukul 3.14 PAGI. Ok, lewat di situ (tiada kaitan pn Ac :P) dan setakat itu dulu lah omongan gua pada saat ini. Assalammualaikum :)


PAST • FUTURE
MY WORDS;
Salam and hai friends :) welcome in this Assey's world. I hope you can enjoy to read my life story. Hehe. And do not forget leave your comment or feedback here. Thank you ^_^

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


♥ >> My day
date : 28 June
am


♥ >> Degree Konvo
date : Nov 2017
am


♥ >> Diploma Konvo
date: Dec 2014
pm

BLOG ARCHIVE;

  • Friendship 1.0
  • "Memories (Maroon 5)"
  • Degree Story - Two
  • Degree Story - Mukaddimah
  • Konvokesyen
  • New Learning
  • *Habuk-habuk*
  • Allah is sufficient for us
  • Ramadhan 1435H
  • Ukhwah kerana Allah