ASSEY'S WORLD;
INTRO ENTRY TWITTER FACEBOOK INSTA
Allah is sufficient for us
7/19/2014 • 22:50 • 0 comments
Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Sekali lagi dapat men'carut' di laman sosial sendiri. Dengan mood yang ada, kerajinan jari-jemari untuk menaip apa yang patut, bertemankan alunan lagu-lagu nasyid yang mengusik jiwa dikala rindu-rinduan, menghirup air minuman yang sejuk yang sememangnya ketika ini cuaca agak sejuk di kampung halaman dan sewaktu dengannya. Nak kata best tu tak la juga, tapi syukur Alhamdulillah selamat, santai, di sini sekarang berbanding dengan negara Palestin ketika ini. SubhanAllah, Maha Suci Allah, Astagfirullah. Jika ia jadi, maka jadilah "Kun fayakun".

Tapi malam ni bukan lah cerita secara detail tentang kes-kes yang sedang melanda negara Malaysia ketika ini. #PrayforPalestin #PrayforMH17 #PrayforSabah. Akan tetapi, baru-baru ni tanggal 17 Julai 2014, flight MH17 from Amsterdam to Kuala Lumpur ditembak according to the berita. There are a lot of speculation from other peoples in this world, so just follow the news from radio or television to know the latest information. Tak berani nak kata apa-apa. Kalau tau info pun just ambil tau tapi tak 100%. Dan yang terbaru juga tentang Perintah Berkurung di 6 tempat sekitar negeri Sabah. Beware sebab Sultan tu kembali nak ambil Sabah ni. Walluhualam. Tak berani nak bagi spekulasi sendiri. Hanya Allah yang tahu. Dan Sungguh Allah itu Maha Tahu segala-galanya. Kita sebagai hambanya yang amat hina di sisiNya perlulah sentiasa berdoa untuk meminta perlindungan dariNya. Serta doakan saudara-saudara kita di Palestin. Semoga jihad fi sabilillah. Sesungguhnya doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin. InsyaAllah.


"Wahai Rasul, Kaulah segalanya contoh TERBAIK umat akhir zaman. Akhlakmu tinggi kan kami jejaki. Sifatmu sempurna, pelengkap peribadi." - Nazrey

*credit

Tinggal beberapa hari lagi sebelum perginya bulan mulia ini. Bulan yang mana mempunyai banyak rahmat. Bulan keampunan. SubhanAllah. Amat terasa kehilangannya.

10 malam terakhir ramadhan. Seperti yang kita tahu, adanya malam seribu malam iaitu Lailatul Qadar. Malam yang banyak keampunan dan sebagainya. Hanya orang yang terpilih sahaja akan mendapat "malam" ini. Tidak semestinya orang yang ilmu agamanya tinggi akan mendapat malam ini. Dan tidak mustahil orang yang kurang ilmu agamanya ada mendapat malam ini. Semuanya ketentuan dari Allah. Dia yang berhak memberi kepada insan-insan yang terpilih akan malam qadar tersebut. Wallahualam. Tapi tidak salah kita berusaha untuk mendapat malam ini. Sentiasa berdoa dan berdoa agar diperkenankan oleh Allah. InsyaAllah. Man jadda wajada kan? Siapa yang berusaha, pasti akan mendapat hasilnya. InysaAllah :)

Doa malam Qadar:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, yang suka memberi pengampunan, maka ampunilah kami."

"Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman.

"Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.

"Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran sebagai bacaan.

"Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.

InsyaAllah, semoga akan datang bertemu lagi dengan topik yang macam-macam. Yang baik tu datangnya dari Allah s.w.t, dan yang kurang baik tu datangnya dari kelemahan diri ini sendiri. Lillahi ta'ala



PASTFUTURE
MY WORDS;
Salam and hai friends :) welcome in this Assey's world. I hope you can enjoy to read my life story. Hehe. And do not forget leave your comment or feedback here. Thank you ^_^

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> My day
date : 28 June
am


>> Degree Konvo
date : Nov 2017
am


>> Diploma Konvo
date: Dec 2014
pm

BLOG ARCHIVE;

  • Ramadhan 1435H
  • Ukhwah kerana Allah
  • Kehidupan
  • One Day
  • Life
  • Penentuan
  • Pre-Graduation Dinner. Jun/November 2013
  • SALAM KEMERDEKAAN !!!
  • Another day with them
  • Ahlan Ya Ramadhan