STORY-STORY KU ;
ABOUT ENTRY TWITER FACEBOOK
Kehidupan
Thursday, 6 February 2014 • 00:30 • 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Salam semuanya. Alhamdulillah, dapat lagi tersenyum pada hari ini dengan insan-insan yang tersayang. Syukur ya Allah :). Sekian lama mendiamkan diri dari belog ini walaupun tiap masa "menjenguknya" agak kekok ayatnya di situ, hahaha.

Cerita selanjutnya, vokalis kumpulan Edcoustic dari indonesia yang bernama Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi telah kerahmatullah pada 30 Disember 2013. Cerita selanjutnya ada di bawah...

"VOKALIS kumpulan nasyid Edcoustic dari Indonesia, Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi meninggal dunia, semalam. Menurut portal Munsyeed, penyanyi berusia 34 tahun itu menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas waktu Isyak di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia. Sebelum ini, beberapa laporan menyiarkan mengenai kesihatan Aden yang tidak menentu sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Jenazah allahyarham bakal dikebumikan di Bandung, Indonesia. Edcoustic menerbitkan album sulung mereka berjudul Masa Muda pada Oktober 2004. Walaupun ruang promosi pada ketika itu agak terhad bagi artis-artis baru, namun Edcoustic menunjukkan pencapaian yang luarbiasa dengan jualan album yang cukup memberangsangkan. Edcoustic mencapai kemuncak populariti apabila single lagu Muhasabah Cinta dari album kedua mereka, Sepotong Episode menjadi lagu hits di Indonesia dan beberapa buah negara di Asia Tenggara. Lagu popular, Muhasabah Cinta merupakan hasil kolaborasi Edcoustic bersama artis baru, Bima. Bakat mencipta lagu yang dimiliki oleh Aden pernah menarik perhatian komposer popular Indonesia, Melly Goeslow untuk menjalin kerjasama dalam penerbitan Lagu Tema filem, Ketika Cinta Bertasbih. Malah Aden turut berkolaborasi dengan Inteam. Menerusi album terbaru Inteam yang berjudul Iman & Aman, Aden telah menyumbangkan dua buah lagu kepada Inteam berjudul Jatuh Bangun dan Kau Ditakdirkan Untukku."

Lagu Muhasabah Cinta dari kumpulan ini membawa populariti kepada mereka. Lagu ni juga memberi maksud yang amat dalam jika kita hayati ia. Mari kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah (Al-fatihah).

Seterusnya, kisah seorang remaja yang banyak berjasa kepada masyarakat. Bukan itu sahaha, malah aktif dalam berdakwah serta dalam ilmu agamanya. Beliua merupakan Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Rakyat dari Malaysia belajar di Turki. Subahanallah. Beliau adalah mujahid fi sabilillah. Sangat beruntung insan yang tergolong dalam memperjuangkan agama Allah ini. Baca cerita tentang beliau selanjutnya di sini "Kisah Ahmad Ammar"

Dengan pelbagai cerita yang telah di ketahui, ternyata diri ini amatlah jauh dari-Nya. Sangat hina di mata Allah.

InsyaAllah, dengan izin dari-Nya akan di sambung lagi coretan ini dengan pelbagai berita yang akan di share-share kelak :)

Assalammualaikum ^-^



PASTFUTURE
MY WORDS;
Salam and hai friends :) welcome in this simple blog. I hope you can enjoy to read my bad story. Hehe. And do not forget leave your comment here. Thank you ^^

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : 28 June
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 12/12/2000
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • One Day
  • Life
  • Penentuan
  • Pre-Graduation Dinner. Jun/November 2013
  • SALAM KEMERDEKAAN !!!
  • Another day with them
  • Ahlan Ya Ramadhan
  • Apabila tibanya tarikh itu
  • INSYAALLAH, new for me
  • Pelbagai